Free Web Hosting : Free Hosting : Credit Report : Low APR Credit Card  

Muzium Negara Muzuim Negara Muzium Negara Muzuim Negara Muzium Negara Muzuim Negara

MUZIUM NEGARA







Latar Belakang

Muzium di Malaysia bermula sejak tahun 1883 apabila pemerintahan British menubuhkan Muzium Perak di Taiping dan Muzium Sarawak di Kuching pada tahun 1888. Berikutnya negeri Selangor menubuhkan Muzium Selangor pada tahun 1907. Muzium Perak telah menjalankan program penyelidikan dan penyelenggaraan yang meluas berkenaan pelbagai aspek warisan sejarah dan budaya Melayu, serta Alam Semulajadi. Penemuan-penemuan baru dipamerkan dan hasil kajian diterbitkan dalam "Journal of The Federal Malay States Museums".

Dalam tahun 1959, sejurus selepas Merdeka, kerajaan melantik seorang arkitek untuk membuat rekabentuk sebuah bangunan khas iaitu Muzium Negara yang akan dibina atas bekas tapak Muzium Selangor. Bangunan Muzium Negara baru ini terletak di atas sebuah bukit menunjukkan kehebatan dan kemegahan berunsurkan istana tradisional Raja-Raja Melayu. Ia telah dirasmikan oleh Yang di Pertuan Agong ke-III Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963.

Muzium Negara kini di bawah pengurusan Jabatan Muzium dan Antikuiti begitu juga dengan Muzium Sejarah Nasional, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kompleks Sejarah Perak dan tempat-tempat bersejarah lain yang disenaraikan di bawah Akta Bendapurba 1976.

Fungsi Muzium

Muzium negara berfungsi sebagai penyimpan warisan sejarah dan kebudayaan serta sebagai pusat sumber penyebaran ilmu pengetahuan mengenai sejarah dan alam semulajadi Malaysia melalui aktiviti pameran, penerbitan dan khidmat pendidikan.



 
 
 
 
Muzium Negara
 
                                          
                       
 
Lokasi:
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur
 
Telefon:
2282-6255
2282-7294
 
Waktu melawat:
Muzium dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang kecuali pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.

Bayaran masuk:
Dewasa: RM1.
Percuma untuk pelajar yang berpakaian seragam sekolah.
 
Tiket:
Hanya sah pada hari yang dikeluarkan sahaja.

 

Muzium Negara Muzuim Negara Muzium Negara Muzuim Negara Muzium Negara Muzuim Negara